Khamis, 4 Februari 2010




AIR SEKARANG KOTOR

Toksin yang berbahaya di dalam air terhasil daripada pembuangan sisa kilang dan pertanian termasuklah asap kerendaann yang mengandungi sulfur dioksida yang larut melalui hujan dan menjadikan air hujan berasid.

Air yang dimasak pula adalah air yang ‘mati’. Memasak air memusnahkan oksigen dan mineral berzat, bukan benda asing yang terkandung di dalamnya seperti klorin yang berpotensi mengakibatkan kanser. Ini adalah kerana pendidihan air yang menyebabkan tindak balas klorin yang menghasilkan “chloroform” yang menjadi antara punca kerosakan hati dan buah pinggang, menggangu emosi, merendahkan tekanan darah, menyebabkan rasa sakit pada abdomen atau dada, loya dan muntah, serta demam kuning.



Fungsi air dalam badan
-keseimbangan dan bentuk tubuh badan
-membantu system penghadaman
-membawa oksigen ke sel
-membantu penyerapan zat
-membantu peredaran darah
-sebagai pengumpulan dan pegerakan makanan
-mengimbangi suhu badan
-pembawa bahan buangan dalam tubuh badan

Selasa, 2 Februari 2010

Cinta layaknya bunga
Setiap hari mengukir senyum sambutan untuk sang fajar
Bertahan lewati badai dan pergantian musim
Mengigil oleh sentuhan semilir angin
Walau begitu daunnya tetap melebarkan senyum
Sebuah pemberian tanpa berharap balas
Laksana cahaya penunjuk jalan, dia….
Membimbing tanpa tampak sinar
Dia terlahir oleh sang fajar,dan terkubur bersama Sang rembulan
Dan cinta memberi kehidupan untuk semesta
Termasuk kita
Telah dipertemukan olehnya
Dan dicatat dalam lembaran takdirnya

Sabtu, 23 Januari 2010

Air Mineral Umpama Ubat Kuat

k Amalan minum setiap hari bantu kesihatan, dipercayai perkuat stamina


Landon : Anda ingin mengatasi masalah perasaan ghairah yang kian berkurang?? lupakan ubat kuat atau pelbagai jenis vitamin yang hanya akan 'mengempiskan' poket, sebaliknya minumlah air galian (Air Mineral) yang murah dan mudah diperolehi.Penyelidik dari universiti John Hopkins berkata, seseorang yang menjadi tabiat meminum air mineral sebagai amalan harian, akan mempunyai kesihatan yang lebih baik dan kehidupan seks yang memberangsangkan.

Pengambilan air mineral amat penting untuk mengimbangi amalan pemakanan dan meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga dapat membantu menyegarkan badan, mengawal masalah tekanan dan melancarkan aliran darah."Masalah berkenaan sering menjadi punca organ seks lelaki tidak cukuo tegang" kata seorang penyelidik dalam pasukan itu yang dipetik akhbar The Sun.Bagi wanita pula, katanya, amalan meminum air mineral membantu membersihkan kulit, mengurangkan kedut, meningkatkan kesihatan jantung dan organ seks.Beliau berkata, air mineral semula jadi berbeza dengan air masak kerana ia mengandungi sejumlah zat galian yang biasanya datang dari dalam bumi.

"Tiada zat galian tambahan dimasukkanke dalam air mineral sebaliknya mengandungi yang ada datang dari unsur semula jadi untuk kesihatan tubuh termasuk megnisium sulfat dan kalsium karbonat" katanya.Penyelidik berkenaan memberitahu, masalah kekeringan tubuh berikutan kekurangan air dalam badan adalah satu penyebab pelbagai penyakit termasuk keletihan.


Dipetik daripada : Berita Harian (23 April 2009)