k Amalan minum setiap hari bantu kesihatan, dipercayai perkuat stamina
Landon : Anda ingin mengatasi masalah perasaan ghairah yang kian berkurang?? lupakan ubat kuat atau pelbagai jenis vitamin yang hanya akan 'mengempiskan' poket, sebaliknya minumlah air galian (Air Mineral) yang murah dan mudah diperolehi.Penyelidik dari universiti John Hopkins berkata, seseorang yang menjadi tabiat meminum air mineral sebagai amalan harian, akan mempunyai kesihatan yang lebih baik dan kehidupan seks yang memberangsangkan.
Pengambilan air mineral amat penting untuk mengimbangi amalan pemakanan dan meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga dapat membantu menyegarkan badan, mengawal masalah tekanan dan melancarkan aliran darah."Masalah berkenaan sering menjadi punca organ seks lelaki tidak cukuo tegang" kata seorang penyelidik dalam pasukan itu yang dipetik akhbar The Sun.Bagi wanita pula, katanya, amalan meminum air mineral membantu membersihkan kulit, mengurangkan kedut, meningkatkan kesihatan jantung dan organ seks.Beliau berkata, air mineral semula jadi berbeza dengan air masak kerana ia mengandungi sejumlah zat galian yang biasanya datang dari dalam bumi.
"Tiada zat galian tambahan dimasukkanke dalam air mineral sebaliknya mengandungi yang ada datang dari unsur semula jadi untuk kesihatan tubuh termasuk megnisium sulfat dan kalsium karbonat" katanya.Penyelidik berkenaan memberitahu, masalah kekeringan tubuh berikutan kekurangan air dalam badan adalah satu penyebab pelbagai penyakit termasuk keletihan.
Dipetik daripada : Berita Harian (23 April 2009)
